Assalamualaikum.
Selamat pagi !! Rise and shine people !! (kalau korang dalam time frame pagi la). Apa itu Korea? Okay. Ia sebuah negara. Apa itu korea-pop atau k-pop? Err...tak tahu lah cikgu. Okay, itu bohong. Aku sendiri tengok cerita-cerita lakonan k-pop ni. Dan dengan bangganya aku melayan drama-drama korea. TAPI layan atas-atas air gitu aje lah. Tak adalah sampai ke dasar laut dan kenal semua spesis-spesis ikan yang biasa atau pun yang jarang diketahui. Same goes to me dalam melayan korea ni jugak. Aku just tengok sahaja dan layannnn.. Aku tak ada lah sampai nak kenal ataupun nak amek tau pasal nama pelakon-pelakon dari a to z.
Selain drama, k-pop jugak ada kumpulan-kumpulan nyanyi-nyanyi joget-joget sorry-sorry nobody but you. Haha. Haaaa..stok yang ni aku memang satu habuk pon aku tak layan. Ape? Super junior? senior? wondergirls? wonderpets? hehehe.
Selain itu jugak, k-pop jugak memberi pengaruh dalam dunia fesyen. Korang pegi la mane-mane shopping complex pon, Times Square tuh. Berlambak berbillion kedai yang mempamerkan fesyen-fesyen dari korea.
Korang pilih je nak masuk kedai mane. Last-last, masuk je kedai, satu hape pon tak beli sebab dah rambang mata pening kepala jalan pon dah terhoyong-hayang.
Aku tak nafikan fenomena k-pop dewasa ini banyak mempengaruhi minda dan jiwa anak muda negara kita. Dari segi drama, brader muka legend hati kiut pon layan drama korea. Brader rempits pon ape kurangnye. Brader yang badan tough berketul-ketul sixpek nye pon tak ketinggalan. Gadis-gadis apetah lagi. Dari segi group nyanyi dan fesyen, aku macam tak berapa nak suka lah sebenarnya. Ada je dalam kalangan artis kita yang cuba meniru rentak dan gaya fesyen k-pop. Tu yang 7E 24/7 dengan Gula-gula getah tuh apa jadahnye la hai. Bertenang...bertenang...
Sebenarnya, ini lah salah satu strategi penjajah sekarang ni. Dorang jajah through that way lah. Bila dipikir-pikir balik, kita ni senang sangat terpengaruh (okay. shadap. termasuk aku) dengan budaya luar. Cuba kita pulak yang timbulkan satu fenomena kat negara luar. M-pop misalnya. Agak-agak dorang terpengaruh tak? haha. Pakai baju kurung, baju melayu, cerita Nora Elena dan muzik tanah air kita ?? hehehe. Apa-apa pon anda yang menentukan.
Sekian...
![]() |
| macam biasa, kopi pes from uncle google. |


No comments:
Post a Comment