August 24, 2011

peribahasa yang di-direct-translate-kan

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

hari ni kita belajar peribahasa ya murid2. peribahasa?? kenapa peribahasa?? korang tau kan peribahasa??


Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. *from wiki wiki wiki tu diaaa*


hebat kan orang dulu2 ni. pandai susun kata2. kalau zaman kita sekarang ni, cakap direct baik punye. cukup cukup cukup. jom kita terjah beberapa pencalonan peribahasa yang terpilih oleh aku.


1. bagai melepaskan batok di tangga
kamus otak : kau lepaskan batuk kau sambil naik/turun tangga (kiri)
kamus sah betul : buat keje yang sia2 (kanan)

2.sudah jatuh ditimpa tangga
kamus otak : kau jatuh depan tangga (kiri) lepas tu tah macam mana tangga hempap kau (kanan)
kamus sah betul : orang yang ditimpa malang satu persatu.

3. bagai kacang lupakan kulit
kamus otak : kacang kau makan, kulit die kau buang. ape kes??
kamus sah betul : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

4. kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak
kamus otak : kuman kau nampak tapi gajah kau tak nampak? afe ke felik tuh. (macam gambar atas)
kamus sah betul : mengutamakan hal yang kecik atau remeh daripada hal yang sepatutnya.

5. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. lebih baik di negeri sendiri


kamus otak : bagusnya kalau hujan emas. kayo denn (kiri). gila kau hujan batu. boleh pulak nak suka (kanan)
kamus sah betul : seseronok mana pon tempat orang, tempat sendiri jugak yang best.

cukup lah hari ni kita belajar 5 peribahasa je ya murid2. hek hek. tengah ade mood nak guna paint. semua yang aku bagi ni berdasarkan ape yang aku terbayang directly dalam kepale hotak aku nih. korang punye macam mana pulak? kehkehkeh.

okay.babai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...