hari ini hari isnin. hari ini aku takde kelas. habiskan masa pagi dengan tidur lepas tu tengok cerita korea dgn kyra. chill chill sebab lab report aku dah siapkan part aku. lepas zohor cadangnye nak pegi bayar bil kat pejabat pos parit raja. mase tengah siap siap tuh, aku bermonolog " hmm...tengok kyra pakai cantek cantek. aku pon macam lah cantek. *haha* " lepas tuh danggg !! "kyra kyra (slow tone)....jom pegi Kluang nak...?"
dan Kluang lah tempat yang kami tuju sejurus selepas itu. niat nak bayar bil tah kemane tah. alah, pejabat pos bukak je hari lain. shuuuuuuuu~ combi pon bermaharajalela di jalan raya. jalan ini aku yang punya ! mase tengah on the way tu kan, kyra tetibe pulak teringat yang kina pernah cakap ade satu pet shop kat Kluang since kina tu orang Kluang. navigate punya navigate dan jumpa lah pet shop tuh. terer tak aku ? terer tak terer tak? haha
.................................
saat mata bertentang mata, hati mula berbicara. dia lah yang ku cari selama ini. dia lah yang aku dambakan selama ini. oh, arnab ! putih bulu mu bak kapas, gebu. setiap bulu yang tersisip di jari ini menambat hatiku untuk memilih mu. oh, kita telah ditakdirkan untuk bersama oh arnab ku ! * huk alohhhh..arnab je pon*
dan termeterailah sudah perjanjian antara pembeli dan penjual. aku cerita ni macam aku je yang beli. kyra yang beli sebab die dah lame usha arnab arnab ni. takpe, we will take good care of this arnab together okay...
we haven't decided yet what should we name this arnab. kink wants this arnab to be named as "cotton" sebab bulu lembut macam kapas. kyra pulak nak namekan this arnab "oakley" sebab die suka pakai sunglasses oakley brand. aku pulak, if i have a rabbit, i always wanted to name it as "bonchet" but hajat tak kesampaian. so, "oakley cotton" ? "bonchet" ? haaaa i will make oakley cotton makan banyak banyak until it become "bonchet". haha. oh ya, tak tau lah this arnab jantan or betina. i bet it is jantan because hyperactive semacam. weeeee..
now, this arnab is the new member of rumah no 14. welcome comel !!

No comments:
Post a Comment