Assalamualaikum.
apa yang aku paham lah kan, bila kita solat, kita perlu ada rasa berserah pada Allah, sedar akan kewujudan dan kebesaran Allah. cara pergerakan kita solat jugak penting. perlu tenang semasa menunaikan solat. tidak tergesa-gesa. fahami setiap maksud bacaan dalam solat kita. terus terang, program ni dah banyak ajar aku pasal solat yang sebenarnya. dari sini lah aku dapat memperbaiki solat aku. ada seorang sahabat aku ni cakap, kalau kita nak berubah kita kena perbaiki solat kita dulu. ya Allah, berikan aku kekuatan.
nak khusyuk dalam solat bukan senang. sepanjang hidup aku, aku belum lagi pernah rasa khusyuk yang sebenar benar dalam solat. tapi bende ni kita boleh praktis bila dah tahu caranya. barulah kita rasa bahagia dalam solat. ingat lah. kita ni adalah hamba kepada Allah. dari Dia kita datang dan dari Dia jugak lah kita kembali.
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari hati yang tidak khusyuk." (HR Tirmizi 5/485)


No comments:
Post a Comment